Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 17 September 2010

Selasa, 14 September 2010

Peguam Di Malaysia Bakaar Orang..Peguam Di Australia Bakar Quran

Sungguh hangat dan menggemparkan putaran berita dan kejadian seminggu dua ini.Dari kisah kehilangan dan pembunuhan kejam Sosilawati dan 3 yang lain oleh seorang peguam serta kuncu-kuncunya hinggalah kepada berita bakar naskah kitab Al-Quran oleh seorang peguam di Australia.
Apa yang berlaku di terhadap Sosilawati dan rakan-rakan beliau di kutuk oleh seluruh rakyat di Malaysia sementara apa yang dilakukan oleh Alex Stewart, peguam di Universiti Teknologi Queensland, Australia tersebut dikutuk oleh umat Islam di seluruh dunia.
Mereka sedang menunggu hukuman masing-masing.Peguam di Malaysia telah pun di tangkap dan bakal diadili.Sementara peguam di Australia dijangka akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana selain reaksi dan tindakbalas susulan yang boleh dijangka dari umat Islam seluruh dunia terhadap beliau.

Tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam ini melangkaui pemikiran yang waras dan manusia yang bertamadun.Tidak dapat di capai fikiran apa yang telah mereka lakukan.

Kedua-duanya professional, bukan calang-calang kerjaya yang mengundang rasa hormat dan dipandang tinggi oleh masyarat.Bukanlah menghina golongan peguam(hanya kebetulan kedua-duanya adalah peguam), cuma sebagai contoh bahawa manusia sepandai mana dan seprofessional mana pun jika tidak ada perikemanusiaan dan pertimbangan yang waras, beginilah jadinya.Padahal jika dikirakan, sebagai pengamal undang-undang tentulah mereka lebih tahu kesan dan akibat perbuatan mereka berbanding dengan orang awam.Begitulah bila nafsu dan syaitan menguasai diri.

Justeru kerana itu di dalam Islam, sepandai-pandai dan seprofessional setara mana pun seseorang tidak kiralah peguam atau doktor atau engineer atau saintis(sebagai contoh), tiada guna kalau tiada iman dan Islam serta kerjaya dan kehidupan tidak didasarkan kepada Islam.Seorang petani dan tukang sapu sekolah yang menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup tentulah lebih baik daripada golongan professional yang tergelincir dan menentang Allah. Benarlah, Allah tidak memandang pangkat, kedudukan dan harta.Yang paling mulia disisi Allah ialah mereka yang bertaqwa.

Di dalam kejadian ini, kebetulan kedua-duanya ialah bukan Islam.Tetapi sebelum ini pun banyak kes-kes jenayah yang kejam dan hina pelaku-pelakunya ialah orang Islam sendiri.Kita sibuk mencari jalan penyelesaian, bagaimana ingin mengatasi perkara ini.Cadangan itu dan ini.Saranan begitu dan begini.Tanya professor tu tanya kaunselor ini.Kenapa tidak kembali kepada fitrah kita sebagai manusia yang lemah.Kenapa tidak ingin meletakkan hukum Allah sebagai kaedah penyelesaian.Itulah jalan penyelesaian terbaik dan dustur yang tertinggi.Dia yang menciptakan kita, tentulah Dia tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya.

".....JANGAN LUPA kita juga akan dibakar oleh neraka jika degil berterusan..."

Isnin, 30 Ogos 2010

Malaysia terus berpolimik

Sila baca berita-berita di bawah ini lawatan orang kenamaan seperti Ratu England, Ratu Norway dan Paderi Besar Kristian Pope ke masjid-masjid sekitar Eropah dan Timur Tengah. Pope dengan pakaian rasminya melawat masjid.

Ratu England mengenakan tudung kepala, Ratu Norway menanggalkan Mahkotanya dan mengenakan tudung. Sudah sampai masanya JAKIM mengeluarkan panduan untuk orang Islam beramah mesra dengan umat Islam dalam masjid dengan semangat 1Malaysia , 1Bapa iaitu Nabi Adam as.
Agak-agaknya apa doa yang dibaca oleh imam atau khatib apabila orang kenamaan bukan Islam ini datang melawat masjid, melaknat mereka, mengutuk mereka atau mendoakan agar mereka dapat memerintah dengan adil ?


Rabu, 30 Jun 2010

4 sifat Nabi boleh meningkatkan Produktiviti PENJAWAT AWAM

Kebelalakang ini banyak kes rasuah melibatkan kakitangan awam di Malaysia. Presiden Cuepac kata lebih 40% terlibat dengan rasuah. Kini sudah sampai masanya kita bentuk staf Awam dengan 4 sifat Rasullulah supaya mereka terselamat di dunia dan di akhirat. Dan generasi yang akan datang lebih beriman dan bertakwa hasil dari gaji pendapatan yang halalan toyyiban.



1. Sidek - benar dalam segala perlakuan/kedatangan/overtime/perjalanan

2. Amanah - dalam urusan jabatan/kewangan/pembelian dari pembekal yang betul (Right place-Right price)

3. Tabligh - Kemahiran dalam komunikasi samada menerima mesej mahupun menghantar mesej. Mesej mesti yang benar dan tidak dimanupulasi. Mesej dari dua hala (atas ke bawah dan bawah ke atas)

4. Fatonah - bijaksana dalam pentadbiran dan pengurusan. Bijak dalam perkataan. Bijak dalam perbuatan. Bijak yangh boleh dicontohi. Nawaitu yang betul semasa datang kerja dan pulang kerja.

InsyaAllah jika semua boleh boleh berfikir, Selamat Malaysia dari musibah keruntuhan dan tsunami.


p/s: Banyak sudah yang kita lupa

Selasa, 29 Jun 2010

CIKGU BERSUNGUT

"Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak rungutan daripada warga pendidik tentang bebanan tugas dan kekurangan masa untuk keluarga. Tidak kurang juga yang meminta-minta gaji dinaikkan. Profesion keguruan dilihat seperti tidak menyeronokkan serta membebankan. Mungkin disebabkan “tekanan jiwa” ada guru yang bersikap melampaui batas menghukum pelajar sehingga mencedera dan mengaibkan pelajar berkenaan.


Namun, benarkah profesion ini begitu membebankan? Sudahkah guru-guru yang merungut itu membuat banding beza dengan profesyen2 lain seperti jururawat, polis, nelayan, petani, pekerja kilang dan seumpamanya? Pernahkah tidur lena mereka diganggu dan diarahkan bertugas serta-merta? Pernahkah mereka diarahkan ke luar daerah dan meninggalkan keluarga tercinta berbulan-bulan lamanya? Pernahkah mereka merasai nyawa seperti telur di hujung tanduk ketika keluar bertugas?

Mengapa prestasi pelajar yang menjadi igauan ngeri? Pelajar seperti apakah yang ingin kita hasilkan? Yang lulus peperiksaankah atau yang seimbang rohani dan jasmaninya? Kalau kita memilih yang pertama maka jadilah kita seperti robot yang menyuap pelajar dengan sebanyak mungkin maklumat supaya mereka dapat jawab soalan. Pelajar mungkin dapat keputusan cemerlang dan berjaya ke IPT. Namun selepas itu mereka akan terima kejutan sebab tiada siapa yang mahu menyuap mereka lagi. Pelajar juga tak tahu memanfaatkan ilmu sebab bagi mereka ilmu adalah untuk lulus periksa dengan cemerlang.

Guru tidak sepatutnya berasa tertekan atau terbeban kerana peranan guru adalah pemudahcara. Justeru, guru perlu bijak melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan insan yang seimbang. Bukan semata-mata latih-tubi menjawab soalan yang sungguh membosankan bukan sahaja pelajar bahkan guru. Bersyukurlah kita ditakdirkan menjadi guru yang menikmati gaji tetap yang lumayan, pencen, kemudahan pinjaman, kerja setengah hari dan cuti yang banyak. Kalau adapun kelas tambahan cuma sekali dua dalam seminggu. Kalaupun penat lelah membuat kelas tambahan itu tidak dibayar (biasanya berbayar)anggap sahajalah sebagai sedekah amal jariah yang besar ganjarannya.

Berhentilah bersungut dan berlapang dadalah mendidik anak bangsa seperti mana yang diamalkan oleh guru-guru terdahulu yang menerima gaji jauh lebih kecil daripada yang kita nikmati sekarang ini.

SUMBER:teranungkite
 
......Jangan lupa semua amalan bertitik daripada niat....
.....mungkin cikgu lupa pasang niat................

Isnin, 21 Jun 2010

UPSR dan PMR bakal dimansuhkan

JANGAN LUPA.. Tulisan jawi,kelas lompat dan lain-lain diperkenalkan kemudian dimansuhkan.
Ini seperti fenomena "sekali air bah..sekali pantai berubah"

MUAR 20 Jun – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada pelajar.


Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.

“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.

“Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelaksanaan UPSR dan PMR adalah baik namun disebabkan terlalu menjurus kepada peperiksaan, tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.

Beliau berkata, disebabkan terlalu berorientasikan peperiksaan, fokus utama guru dan pelajar tertumpu kepada keputusan cemerlang pada peperiksaan awam dan mereka turut dibebani dengan peperiksaan penilaian di peringkat sekolah.

“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tidak pakai lagi PMR dan UPSR. Orang (majikan) tidak tanya pun berapa ‘A’ yang dapat dalam PMR dan UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan di peringkat universiti saja orang ambil kira,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan negara lain hanya mempraktikkan satu peperiksaan awam sepanjang persekolahan dan contoh itu boleh diambil Malaysia dengan memberi lebih penekanan kepada penilaian di peringkat sekolah.

“Saya sendiri berpendapat adalah lebih wajar kalau perlu adanya penilaian, kita buat di peringkat yang terakhir, selepas belajar 11 tahun (di sekolah rendah dan menengah) sebelum masuk universiti.

“Saya mengajak golongan pakar pendidikan dan masyarakat untuk memberi respons kerana kita belum ada keputusan tetapi banyak pihak mencadangkan untuk mengubah sistem kepada hanya satu sahaja peperiksaan awam,” katanya.

Namun menurut Muhyiddin, sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR diteruskan, ia hanya sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Tegas beliau, banyak perkara harus diteliti terlebih dahulu dan penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membolehkan keputusan penilaian di peringkat sekolah dapat diguna pakai oleh pelajar untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

“Ini ada hubung kait dengan rombakan sistem pendidikan negara untuk mengubah bentuk kurikulum supaya lebih banyak masa terluang untuk fokus kepada subjek-subjek utama serta aktiviti sukan.

“Di peringkat kementerian, kita sedang meneliti dan memerlukan input dari warga akademik, pendidik dan masyarakat. Debat sihat dalam media juga bagus untuk perkara ini,” katanya.

-sumber dari Utusan-

Sabtu, 12 Jun 2010

JUDI HARAM TETAP HARAM TAKDE JUDI HALAL

Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah.




Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd - syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut - bernilai RM525 juta.



Menurutnya, terdapat banyak percanggahan perbahasan mengenai status sebenar kelulusan yang diberikan kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan di negara ini.



Dalam mematuhi arahan Bursa, syarikat itu mengulangi kembali bahagian-bahagian tertentu dalam pengumuman 12 Mei lalu yang menyatakan bahawa menteri kewangan telah memberi kelulusan untuk menerbitkan semula kepada Ascot lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut terma dan syarat-syarat tertentu.



Menurutnya, dalam perenggan 8 yang menyenaraikan Kelulusan Diperlukan, perenggan kecil (d) menyatakan, "Menteri kewangan untuk menerbit semula lesan pertaruhan sukan dan perubahan pemegang saham dan pengarah di Ascot, jika perlu."



Dengan demikian, katanya terbukti daripada kenyataan di atas bahawa Ascot telah mendapat kelulusan daripada menteri kewangan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan dan bahawa lesen rasmi yang pertama kali diberikan pada 1987 adalah menunggu untuk diterbitkan semula.



Sebanyak 70 peratus saham Ascot Sukan diilik oleh pengerusi Berjaya Corp Tan Sri Vincent Tan
 
SUMBER: malaysiakini
 
ps..jangan le lupa kita ada mufti-mufti yg hebat...tegas mereka dalam hal ini
jangan le lupa ..kita pernah diperkenalkan dengan islam hadhari...da lupa ka..atau sudah tidak releven lagi

Khamis, 10 Jun 2010

Israel@Yahudi Laknatullah

lama rasa tak menjenguk blog ni....
Rasa terlalu marah dengan regim zionis ini...jumaat lepas saya berpeluang menyampaikan khutbah jumaat tengan kerakusan regim syaitan ini...




Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Seperti biasa mimbar jumaatr mengajak diri saya sendiri seterusnya saudara sekalian untuk mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahnya dan menjauhkan diri dari larangannya.mudah-mudahan kita diberikan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Siding jumat sekalian

Buat kesekian kalinya kita terus disajikan dengan keganasan demi keganasan yang tidak berperikemanusiaan oleh rezim zionis.Israel laknat tullah.yang terbaru bagaimana dengan rakusnya rezim menyerang mavi marmara sebuah kapal yang menempatkan konvoi bantaun ke gaza yang terdiri dari sukarelawan dan para wartawan serta orang awam.

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang telah menjadi amaran Allah dalam al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT:



“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:



“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ’sumbangan’ Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Jamaah kaum Muslimin sekalian,

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.

Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:



“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:



Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.





Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.

Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu termasuk kerjasama dalam bentuk pentadbiran Negara..

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:



“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat dan menerima sebarang kerjasama yahudi adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,

Menjawab soalan ini, kita perhatikan apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi terhadap konvoi bantuan Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Marilah semua peringkat masyarakat kita meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.



“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

Selasa, 20 April 2010

Mutakhir ini pastinya kita didendang lagu-lagu berirama politik di Hulu Selangor..walau pun tak penting untuk saya, tetapi terpanggil melebarkan sesuatu..suasana sedemikian tak jauh bezanya dengan mana-mana musim pilihan raya..bagi pihak calon.. pasti tak akan mengakui kelemahannya.tetapi berbeza kali..bila calon PKR dengan rendah diri mengakui kesilapan lampau dan InsyaAllah bertaubat.sesuatu pengakauan yang ikhlas..jarang kita dengar dan inilah prinsip..mudah-mudahan dengan keikhlkasan ini akan mendatangkan hasil yang baik.

Jumaat, 9 April 2010

sekadar mengungkap makna peribahasa"Bagai ayam naik surau".Adat bertandang ke rumah orang zaman dahulu biasa disuakan tepak sirih.Mungkin zaman ini disuakan pelbagai jenis juadah paling tidakpun segelas air sirap atau secawan kopi,sebagai tanda menerima tetamu dan menghormatinya.Tetapi peribahasa ini menceritakan sebaliknya. tetamu yang pulang tidak jamu..persoalannya adakah ia syarat wajib,,sebaliknya JANGAN LUPA mungkin kita perlu memahami situasi tuan rumah, kesibukan atau hal-hal yang meyebabkan perkara Bagai ayam naik Surau.

Selasa, 6 April 2010

mencungkil satu peribahasa berbunyi "bagai bajak wangkang dimakan diangkat" menterjemah sikap orang nak buat buat kerja mengharapkan pujian.nak buat kerja sikit minta orang puji.kerja macam ni jauh dari keikhlasan.JANGAN LUPA semua kelebihan kita sebenar bukan milik kita.pesan kepada diriku agar dapat memanfaat kkelebihan yang ada untuk agama Allah,negaraku,pekerjaan dan keluargaku.
JANGANLUPA ramai sangat yang bersikap begini segenap la[pisan masyarakat..lebih-lebih lagi mereka yang ada wibawa.

Ahad, 4 April 2010

Pengurangan peruntukan buat Kementerian Pelajaran berikutan kesan kegawatan ekonomi global sama sekali tidak menjejaskan aktiviti ko-kurikulum pelajar di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementerian itu sama sekali tidak akan meminggir keperluan pelajar, agar perkembangan mereka selari dengan aspirasi meningkatkan mutu pendidikan seterusnya merealisasikan hasrat pemupukan ke arah perpaduan kaum.

"Aktiviti ko-kurikulum adalah penting untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat, bermula di peringkat sekolah apabila semua pelajar berbilang bangsa dan agama dapat bersama-sama dengan satu semangat perpaduan.
"Walaupun dengan perlaksanaan langkah penjimatan, kerajaan yakin ia tidak akan menjejaskan hasrat untuk mewujudkan negara yang harmoni," katanya ketika berucap merasmikan Gala Ko-Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2010 di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tangok, di Bachok, hari ini.

p/s senario ini agak berbeza apa yang berlaku di sekolah..atau di PPD.
JANGAN LUPA  ada daerah kutip derma setiap sekolah rm200,rm100,rm50 untuk hantar kontijen

Rabu, 31 Mac 2010

petikan dari blog zool ligakampung
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..




Nampaknya bulan Mac akan melabuhkan dan bulan April akan tiba. Setibanya 1 April pasti akan berlaku fenomena ‘April Fool’. Fenomena mengenakan seseorang yang dilakukan menjadi suatu tradisi pada bulan April ini.

Entahlah, menurut Islam sambutan ini tidak sepatutnya menjadi ikutan kerana ianya merupakan perayaan kejatuhan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol .



Secara peribadi saya juga merasakan April Fool ini tidak membawa makna. Ianya sekadar menyusahkan pihak yang dikenakan kerana kadangkala perbuatan yang dilakukan melampau. Malahan budaya ini menyebabkan kesukaran untuk mempercayai sesuatu berita.

Fenomena tersebut juga menjadikan berita yang disiarkan pada 1 April tidak dipercayai sehinggakan terdapat berita kenaikan harga kiub ais terpaksa menyatakan bahawa ianya bukan APril Fool. Rujuk Bernama.

Malahan ada sesetengah Kerajaan negara yang mengambil berat tentang April Fool kerana mampu memberikan kerugian kepada negara. APa taknya, ada yang meng’ APril Fool’ kan pihak berkuasa. Kan ke rugi duit rakyat tu.



Jadi kepada sesiapa yang ingin menyambutnya juga fikir-fikirkanlah. Mungkin perkara yang anda lakukan akan menyakitkan hati pihak terbabit. Malahan mungkin memberi kesan emosi yang mungkin tidak kelihatan di wajahnya.

Kenapa perlu menyambut sesuatu yang tidak membawa makna dan hanya memberi kemarahan orang sahaja?

ini aku tambah sebagai tageline my blog/-
JANGAN LUPA banyak perkara yang menyusahkan

Selasa, 30 Mac 2010

terlalu mudah untuk mengatakan "hidup ini sementara"..Bayangkan anda ditempat di sebuah penempatan yang sementara.Apa yang anda perlu lakukan. Paling tidak anda berusaha untuk berpindah,mengumpul wang secukupnya, melaku pinjaman untuk membeli rumah yang selesa..Pastinya semua ini memerlukan pengorbanan.Demikian pengorbanan kita dalam proses "perpindahan kehidupan yang kekal abadi".
JANGAN LUPA jaminan Allah.."berbekallah kamu dan sebaik-baik bekalan ialah taqwa."selamat beramal"

Isnin, 29 Mac 2010

Sebagai seorang pemimpin sekolah amat memerlukan tenaga yang padu dari kalangan staf samada guru atas AKS.Kita perlu menyedari matalmat untuk membangunkan sekolah khususnya mengupayakan anak-anak didik agar cemerlang dari semua aspek tercapai sekiranya kita dapat menyatukan seluruh usaha.JANGAN LUPA kita pernah jadi murid

Ahad, 28 Mac 2010

Teringat saudara mara yang jauh dari keluarga. Biasanya kita sentiasa mengharapkan ok,sihat dan menjalankan kehidupan yang biasa.Orang kata di rantau orang ini ada seronok dan ada yang perit. Tak kisah asal JANGAN LUPA asal usul.Yang penting baik-baik jaga diri.umpama pantun lama

Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri

JANGAN LUPA perhubungan moden mendekatkan yang jauh..

Sabtu, 27 Mac 2010

Jerayawara Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah

Kepimpinan peringkat daerah dan sekolah di daerah Kota belud berkumpul di Dewan SMK Pekan II Kota Belud untuk satu Program Jerayawara (Raad Show ) Pengarah JPN Sabah.Dalam amanat Pengarah selama 2 jam menunjukkan satu komitmen yang tinggi untuk JPN menterjemah Misi dan Visi bagi mencapai KPI selaras dengan NKRA untuk perluasan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Turut hadir memberi taklimat ketua-ketua dan wakil-wakil Sektor di JPN. Tahniah Kota Belud..

Khamis, 25 Mac 2010

susahkah untuk jujur pada diri sendiri.Paling penting JANGAN LUPA satu persatu kesilapan yang pernah kita lakukan.pasti kita sedar, lemah dan silapnya kita. JANGAN LUPA maafkan diri sendiri kerana kita perlu mengasihi diri sendiri..Wallahu alam

Rabu, 24 Mac 2010

Marah...ada ketikanya kita berasa marah atas sebab-sebab tertentu.Benar marah itu dijolok oleh syaitan.Tetapi marah lebih bermakna kalau dimaknai dengan sebab menyedarkan bukan kerana tidak berpuas hati.kerana hati sukar dipuaskan.Marah..satu perasaan unik tetapi JANGAN LUPA kita pernah di marahi dan memarahi.wallah hu alam..

Isnin, 22 Mac 2010

Kejahilan adalah sesuatu yang perlu dihapuskan dalam diri.semestinya kita mengupayakan diri dengan kesedaran samada dengan ilmu ,pengalaman atau pemikiran..JANGAN LUPA sebilangan kita pernah berada di zaman Jahiliah..
Alhamdulilah..titisan rahmat dari langit mengubati kerinduan pada hujan.walaupun bukan mengakhiri kemarau.tapi meredupkan hari yang sering marak dengan bahang matahari.Begitu berharganya sebutir air dari langit

Ahad, 21 Mac 2010


Perangai budak-budak.Tapi memang ada orang tua perangai macam budak-budak. Tak kisahlah asal JANGAN LUPA kita pernah jadi budak, sehinggalah hari ini kita jadi bapa budak.
kira lebih kurang baru nak berjinak-jinak dengan blog konon nak jadi bloger.bukan apa jangan orang bilang kita ketinggalan.JANGAN LUPA kita pernah jauh tertinggal..tak salah asalkan kita mampu mengejar.Berlari ke destinasi yang kita perlukan.Jadi JANGAN LUPA kita akan berhenti ketika sampai ke destinasi.